Rabu, 19 Ogos 2009

kek gula hangus

Bahan2:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur2 camca besar mentega
Cara2:
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang, buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke..

Nasi Ayam Special


Bahan-bahan Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong 4 atau lapan
- 4sm halia yg diketuk

Untuk perap
>8 sudu besar kicap
>2 sudu besar sos tiram

Untuk nasi
- 8cwn beras
- 4 sudu besar butter
- 3cm halia- dipotong nipis
- 8 cawan air rebusan ayam tadi secukupnya

Bahan sos
> 6biji cili merah
> 6 ulas bawang putih
> 1cm halia
>garam, gula secukup rasa dan sedikit cuka
> sedikit air

Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar dan 6 ulas bawang putih dikisar
@rempah sup / sup bunjut
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara
Bersihkan ayam hingga bersih dan 4sm halia dipotong nipis atau di ketuk. Kemudian rebus ayam dan halia sehingga empuk. Toskan ayam dan perap dengan kicap dan sos tiram selama 10-15min. Kemudian goreng ayam hingga garing.

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter/majerin , masukkan beras , terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masak seperti biasa.(Boleh gunakan electric rice cooker)

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Kemudian untuk perasa ambil baki kicap yang digunakan memerap ayam tadi untuk pencicah.

Untuk sup-
Tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar kemudian masukkan air rebusan ayam, rempah sup, garam dan daun sup tadi.Didihkan sehingga masak.

Kek Lapis Dam

BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet
BAHAN B (dalam kek)
200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
Cara-cara

CARA UTK MEMBUAT DLM KEK

Pukul Bahan B hingga sebati.
Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.

CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK

Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci
Masakan Melayu

Hai kawan-kawan!!!

Di Malaysia terdapat berbagai-bagai masakan istimewa yang terdiri dari pelbagai kaum,kalau ada yang sudi marilah join saya kita sama-sama kongsi resepi yang sedap-sedap....
istimewa masakan dimalaysia