Rabu, 19 Ogos 2009
Nasi Ayam Special
Bahan-bahan Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong 4 atau lapan
- 4sm halia yg diketuk
Untuk perap
>8 sudu besar kicap
>2 sudu besar sos tiram
Untuk nasi
- 8cwn beras
- 4 sudu besar butter
- 3cm halia- dipotong nipis
- 8 cawan air rebusan ayam tadi secukupnya
Bahan sos
> 6biji cili merah
> 6 ulas bawang putih
> 1cm halia
>garam, gula secukup rasa dan sedikit cuka
> sedikit air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar dan 6 ulas bawang putih dikisar
@rempah sup / sup bunjut
@daun sup yg dihiris.
Cara-cara
Bersihkan ayam hingga bersih dan 4sm halia dipotong nipis atau di ketuk. Kemudian rebus ayam dan halia sehingga empuk. Toskan ayam dan perap dengan kicap dan sos tiram selama 10-15min. Kemudian goreng ayam hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter/majerin , masukkan beras , terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masak seperti biasa.(Boleh gunakan electric rice cooker)
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Kemudian untuk perasa ambil baki kicap yang digunakan memerap ayam tadi untuk pencicah.
Untuk sup-
Tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar kemudian masukkan air rebusan ayam, rempah sup, garam dan daun sup tadi.Didihkan sehingga masak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan